Cara menangani krisis iklim menurut belia wanita

Tess Thomas  | 

(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

Gadis-gadis dari Bangladesh, Honduras, Nigeria, Samoa dan banyak lagi berkongsi idea dasar iklim mereka.

Belia wanita berada di barisan hadapan dalam pergerakan iklim. Dari menganjurkan tunjuk perasaan dan mendokementasikan kesan pemanasan global hingga menyokong pendidikan iklim dalam kurikulum sekolah, mereka menerajui perjuangan masa depan yang lebih adil dan mapan.

Krisis iklim memberi impak kepada gadis dan wanita secara tidak setara. Kejadian cuaca melampau disebabkan oleh peningkatan suhu — seperti kemarau, banjir dan ribut — mengorbankan lebih ramai wanita berbanding lelaki dan lebih cenderung mengorbankan belia wanita. Dan 80% orang yang tersingkir akibat iklim ialah wanita.

Dengan mengambil kira ketaksamaan ini, maka amat penting bagi suara wanita dan gadis menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya. Pada Hari Wanita Antarabangsa, kami mengangkat peranan wanita dalam pergerakan iklim dan idea mereka untuk melindungi planet. Lapan aktivis memberitahu kami jenis tindakan yang mereka ingin para pemimpin komuniti mereka ambil bagi menangani krisis iklim ini — dan dengan bantuan pengilustrasi berbakat besar Andrea Pippins — kami menzahirkan idea mereka ini.


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Perlu ada anjakan dalam cara pemikiran kita tentang sumber semula jadi di Honduras, beralih daripada eksploitasi demi keuntungan dan sebaliknya mengutamakan pemeliharaan. Pembalakan telah menyebabkan pelbagai spesies haiwan kehilangan habitat dan sungai menjadi kering. Pihak kerajaan perlu menggembleng tenaga dalam mengurus dan membiayai usaha iklim. Selain itu, banyak perbadanan hanya fokus pada kepentingan sendiri dan tidak dikenakan tindakan atas perbuatan mereka merosakkan sumber semula jadi kita. Pembunuh upahan yang ada kaitan dengan sebuah syarikat empangan telah membunuh aktivis Puak Asli Berta Cáceres kerana beliau bersuara menentang pembinaan empangan baharu kesannya ke atas persekitaran dan komunitinya. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Saya berharap suatu hari nanti pihak berkuasa akan menghargai keindahan negara kami dan kita tidak boleh terus-menerus mengeksploitasi sumber semula jadi demi wang.”

Genesis Lanza, Honduras


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Tindakan yang saya mahu para pemimpin di bahagian utara Nigeria ambil adalah mewajibkan pendidikan iklim di sekolah-sekolah, bermula daripada peringkat awal. Beri peluang kepada anak-anak muda untuk belajar dan menyuarakan pendapat mereka tentang bagaimana mereka boleh menyumbang ke arah mengurangkan bahaya perubahan iklim dalam masyarakat mereka. Para pemimpin tidak sepatutnya dibiarkan membuat keputusan sendiri apabila mencari penyelesaian yang sewajarnya; perlulah ada ruang untuk mencipta inovasi daripada belia dan juga orang dewasa. Saya juga ingin melihat perwakilan sama rata bagi gadis dan wanita di acara tindakan iklim. Perubahan iklim memberi kesan yang teruk terhadap gadis dan wanita, selain itu, suara mereka amat diperlukan apabila menentukan hala tuju tindakan yang akan diambil.”

— Hannatu, Nigeria


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Saya harap para pemimpin dalam komuniti saya dapat memansuhkan keupayaan syarikat dan kilang untuk membeli kredit pencemaran, kerana jika kita mahu membuat peningkatan yang ketara terhadap perubahan iklim, kita perlu mengurangkan pengeluaran sisa buangan secara drastik daripada memberikan syarikat-syarikat ini ruang untuk menghasilkan lebih banyak gas rumah hijau. Jika sesetengah syarikat boleh meraih keuntungan daripada pengeluaran sisa buangan yang sedikit, yang lain juga boleh. Saya turut berharap agar mereka akan mengutamakan penggunaan sumber boleh diperbaharui seperti tenaga solar, kuasa hidroelektrik serta tenaga pasang surut secara industri, dan demi menyokong usaha itu, jadikan sumber boleh diperbaharui lebih berpatutan dan mudah didapati untuk syarikat-syarikat besar dan juga masyarakat umum.”

— Kirthana Sivabalan, Malaysia


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Saya ingin para pemimpin kita menambahkan pendidikan perubahan iklim ke dalam kurikulum sekolah agar para pelajar dapat belajar tentang impaknya dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan kesannya. Para pelajar boleh belajar untuk memadamkan lampu dan komputer di bilik darjah dan dewan yang kosong, mengitar semula plastik dan berjalan atau mengayuh basikal pergi dan balik dari sekolah. Saya juga mahu para pemimpin mewujudkan pekerjaan hijau. Sebagai contoh, menganyam bakul berseni dan bergaya daripada plastik kitar semula, yang akan dapat membantu menangani bahan cemar terbesar di lautan Bumi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan.”

Evelyn Acham, Uganda


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Para pemimpin dalam komuniti patut membuat pelaburan ke atas loji penyahgaraman air, yang menyingkirkan garam daripada air laut untuk menghasilkan air tawar yang sesuai untuk diminum. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, seramai 785 juta orang yang kekurangan bekalan air bersih, yang turut menjejaskan haiwan dan tumbuhan. Perubahan iklim menyebabkan kemarau berlaku lebih kerap dan teruk. Para pemimpin boleh menangani krisis ini dengan membuat pelaburan ke atas loji penyahgaraman air, yang patut dijana oleh tenaga bersih.”

— Farah Mkaouar, Tunisia


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Saya ingin melihat para pemimpin mendidik para gadis tentang kesuburan dan pertumbuhan populasi di sekolah agar gadis-gadis tersebut mendapat pengetahuan untuk membuat keputusan tentang perancangan keluarga. Jika para pelajar belajar tentang perkara ini sejak remaja, ia akan dapat mengurangkan tekanan ke atas sumber-sumber yang ada dan kesan perubahan iklim. Saya juga ingin para pemimpin memastikan para gadis dapat melibatkan diri secara selamat dalam peluang ekopelancongan, iaitu apabila seorang pengembara menginap bersama penduduk tempatan, yang dapat menyumbang kepada ekonomi setempat dan tidak mengganggu habitat sedia ada.”

Shamma Islam, Bangladesh


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Saya mahu para pemimpin dalam komuniti global memandang krisis iklim ini seakan keluarga mereka yang berada di barisan hadapan. Bagi merasakan keterdesakan kejadian cuaca melampau dan air pasang. Saya ingin pemimpin dunia memandang krisis iklim ini sebagai isu kecemasan buat seluruh masyarakat sejagat. Saya mahu mereka mengutamakan masyarakat sebelum kuasa dan keuntungan. Saya mahu para pemimpin menghentikan secara menyeluruh era bahan bakar fosil dan memastikan peralihan saksama kepada tenaga yang boleh diperbaharui di mana keperluan para pekerja diutamakan sebelum industri.”

Brianna Fruean, Samoa


 
(Courtesy of Andrea Pippins)

(Courtesy of Andrea Pippins)

 

“Saya mahu para pemimpin mendengar suara belia Puak Asli. Saya mempercayainya kerana belia Puak Asli khususnya pernah melalui pengalaman itu, yang membolehkan mereka untuk kekal bertahan melangkaui pengaruh penjajah. Mereka berpengetahuan tinggi, yang bertentangan dengan semua sistem ganas. Dari sudut pandangan saya, itulah penyelesaian yang tepat. Komuniti Puak Asli sudah berada di barisan hadapan bagi bencana iklim. Jadi, seandainya kita ingin menangani masalah ini, jika kita benar-benar mahu menangani natijah yang membuak-buak daripada krisis iklim, maka kita perlu merujuk kepada komuniti Puak Asli.”

Tokata Iron Eyes, U.S.


Apakah tindakan yang anda ingin lihat daripada para pemimpin anda? Kongsikan idea anda untuk menangani krisis iklim di sini.

flower.png
Meet the Author
Meet the Author
Tess Thomas

is the former editor of Assembly. She loves books, cats and french fries.